PETALING JAYA: Cadangan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Murid Sekolah perlu melibatkan penyertaan individu mempunyai kepakaran pelbagai bidang bagi memastikan setiap isu sosial dan keselamatan dapat ditangani secara menyeluruh. Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penglibatan golongan profesional mampu memberi nilai tambah kepada pentadbiran sekolah. “Ini kerana mereka mampu menyalurkan pandangan, nasihat dan khidmat kepakaran yang boleh membantu pengetua dalam membuat keputusan serta merancang dasar dan…