Lelaki maut Persona rempuh lori berhenti bahu jalan

Lelaki maut Persona rempuh lori berhenti bahu jalan

KEADAAN kereta Proton Persona dipandu Chewan Muhammad Ridhuan yang maut di Kilometer 332.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Paka, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Seorang pengurus syarikat pelancongan maut selepas kenderaan dipandunya merempuh sebuah lori yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 332.1 Lebuhraya Pantai Timur 2, berhampiran Paka, di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.23 tengah malam itu, Chewan Muhammad Ridhuan, 34, yang berasal dari Tepoh, Kuala Terengganu, maut di lokasi kejadian ekoran kecederaan di beberapa bahagian badan. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian lori jenis Nissan dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun berhenti di bahu jalan untuk berehat manakala mangsa sedang dalam perjalanan ke arah Kuala Terengganu. 

“Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Persona hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang lori tersebut. Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian dan kenderaannya remuk,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN