Layanan buruk ketika dalam tahanan Israel tidak seberat apa dilalui rakyat Gaza

Layanan buruk ketika dalam tahanan Israel tidak seberat apa dilalui rakyat Gaza

LEBIH 200 orang awam berkumpul di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 bagi menyambut 23 aktivis Malaysia GSF. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Norazman Ishak memberi gambaran bahawa layanan buruk yang diterimanya ketika berada dalam tahanan rejim Israel tidak seteruk dengan apa yang perlu dihadapi oleh penduduk Gaza setiap hari.

Menurut, Norazman yang menaiki kapal Estrella bersama pendakwah bebas, PU Rahmat serta dua lagi aktivis, Norhelmi Ab Ghani dan Mohd Asmawi Mukhtar, pengalaman itu sama sekali tidak membuatnya serik untuk terus bangkit membela rakyat Palestin.

“Walaupun kami dinafikan beberapa hak kemanusiaan, tetapi sebenarnya ia tidak seberat berbanding apa dilalui rakyat Gaza.

“Itu memberi semangat kepada kami untuk terus bangkit,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, malam tadi.

Jelas Norazman, dia juga amat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menyertai misi kemanusiaan GSF bersama 23 aktivis tempatan.

“Kami adalah wakil daripada Malaysia, misi ini bukan misi kami, tetapi misi rakyat Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN