PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memperkukuh penerapan nilai moral dan etika dalam keseluruhan sistem pendidikan negara. Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, pendidikan tidak seharusnya dilihat sebagai dua sistem berasingan antara peringkat sekolah dan universiti, sebaliknya merupakan satu proses berterusan untuk melahirkan insan holistik yang memiliki keseimbangan ilmu dan akhlak. “Kita terbuka untuk bekerjasama kerana pendidikan di Malaysia tidak boleh…