KPM tubuh jawatankuasa khas kes pelajar ditikam

KPM tubuh jawatankuasa khas kes pelajar ditikam

FADHLINA Sidek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan semua aspek terkait insiden pelajar ditikam di sebuah sekolah di Selangor dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kes itu kini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa.

“Suspek telah ditahan polis. KPM akan berkerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang berjalan.

“Pasukan kaunselor serta Guru Bimbingan dan Kaunseling telah digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, KPM turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar yang maut akibat ditikam di sebuah sekolah di Selangor hari ini.

“Semoga keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail memaklumkan suspek kes bunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama telah ditahan hari ini.

Polis merampas dua senjata tajam disyaki digunakan seorang pelajar lelaki dalam kes bunuh itu.

Siasatan awal mendapati kejadian membabitkan suspek, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun manakala, mangsa pelajar perempuan berusia 16 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×