SEPANG: Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza dilaporkan berjaya melepasi Zon Merah kira-kira pukul 9.40 malam tadi.
Perkembangan itu disahkan melalui sistem penjejak Tracker Sumud Nusantara yang dipaparkan secara langsung di Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) di sini.
Selepas memasuki Zon Merah 3, konvoi akan meneruskan pelayaran ke Zon Merah 2 dan Zon Merah 1 yang disifatkan antara fasa paling kritikal dalam misi tersebut.
Untuk rekod, jarak Zon Merah dengan Gaza adalah kira-kira 100 batu nautika. – UTUSAN