ASEAN

Bandar raya Kuala Lumpur ‘ditutup’ sempena ASEAN

KUALA LUMPUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, penutupan tersebut dijangka bermula dari 23 hingga 28 Oktober dan anggota polis akan berada dalam keadaan berjaga-jaga dalam tempoh tersebut.

“Polis akan menggerakkan kira-kira 16,000 anggota dari seluruh negara, khususnya dari negeri-negeri bersempadan dengan Kuala Lumpur, bermula 23 Oktober bagi membantu dan melancarkan aliran trafik.

“Pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya dan polis tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan,” katanya pada sidang media.

Beliau menambah bahawa Presiden Brazil, Afrika Selatan dan beberapa pemimpin dunia lain akan hadir sebagai Rakan Dialog Sektoral ASEAN.

Sementara itu, Cyprus dan Finland juga dijangka menjadi rakan dialog baharu ASEAN.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump turut dijangka menghadiri sidang kemuncak berkenaan.

Kira-kira 70 sekolah akan beralih kepada kelas dalam talian, manakala penjawat awam yang bekerja dalam lingkungan 25 kilometer dari pusat bandar akan bekerja dari rumah sepanjang tempoh sidang kemuncak tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN