Pantai Cempaka – 24 Jun 2023 Matahari muncul di ufuk timur, serbuk jingga bertaburan di dada laut. Buih-buih yang dulu mencium tapak kaki manusia, kini seperti menjauhkan diri. Keasyikan deruan ombak juga sayup, tidak lagi berdesir di cuping telinga. Tiada lagi ketam dan kerang berkejaran di dataran yang terbentang sepanjang dua kilometer. Tanah bercampur dengan pasir telah mengambil posisi pantai sebelum ini. Ya, pejal, tidak berubah bentuk seperti pasir.…










