Ketua Pengarah Imigresen buat lawatan mengejut bagi perkasa imej

Ketua Pengarah Imigresen buat lawatan mengejut bagi perkasa imej

ZAKARIA Shaaban pernah mengadakan lawatan ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dalam usaha memperkukuh kepercayaan rakyat dan memperkasa imej JIM sebagai agensi hadapan negara yang cekap dan berintegriti. - FACEBOOK JIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban melakukan lawatan mengejut ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam usaha memastikan setiap warga jabatan mengekalkan tahap disiplin, profesionalisme dan integriti tinggi dalam menjalankan tugas.

JIM dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan itu juga bagi memperkukuh kepercayaan rakyat dengan melaksanakan langkah proaktif memperkasa imej serta mutu perkhidmatan menerusi siri lawatan mengejut ke jabatan negeri.

“Pendekatan turun padang itu bukan sekadar tinjauan rutin sebaliknya manifestasi kepimpinan berteraskan akauntabiliti dan keprihatian.

“Melalui pemerhatian langsung dan interaksi bersama pelanggan, saya menegaskan bahawa JIM mesti kekal dekat dengan rakyat, bukan sekadar dalam peraturan, tetapi dalam layanan dan tindakan,” kata kenyataan itu.

Dalam sesi berkenaan, Zakaria turut mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan JIM Selangor dan menekankan aspek integriti, pengurusan sumber manusia, inovasi perkhidmatan serta budaya kerja berprestasi tinggi sebagai asas ke arah organisasi yang dihormati dan dipercayai.

“JIM menegaskan, usaha ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani berteraskan nilai ‘Integriti, Profesional, Mesra’ serta misi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan negara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN