RAUB: Kerajaan belum membuat keputusan untuk melesenkan permainan dalam talian seperti Roblox, namun tidak menolak kemungkinan berbuat demikian jika kandungannya didapati memberi kesan negatif kepada kanak-kanak. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini sedang meneliti keperluan pelesenan berkenaan selain memantau beberapa permainan lain yang disifatkan tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah usia 16 tahun. “Kita belum lagi berhasrat untuk melesenkan permainan Roblox tapi kita sedang…










