Pusat, Sabah cari kaedah baharu tentu pemberian khas

Kerajaan Persekutuan, Sabah cari kaedah baharu tentukan jumlah pemberian khas

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sedang merumuskan satu kaedah baharu bagi menentukan jumlah pemberian khas kepada negeri berkenaan pada masa akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di bawah kerajaan sedia ada, kajian semula pemberian khas sudah dilaksana sebanyak dua kali iaitu pada 2023 dan tahun ini.

“Kajian semula pemberian khas dilaksanakan pada 2023 dan mencapai persetujuan untuk menggandakan pemberian khas kepada RM300 juta.

“Pada tahun 2025 kerajaan sekali lagi melaksana kajian pemberian khas dan capai persetujuan untuk menaikkan sekali lagi kepada RM600 juta berbanding RM26.7 juta.Tetapi ia bersifat interim dan tidak muktamad. 

“Sementara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sedang merumuskan satu kaedah baharu bagi menentukan jumlah pemberian khas kepada negeri berkenaan pada masa akan datang,” katanya ketika menyampaikan sesi penerangan khas Perdana Menteri berkaitan isu pemberian khas Sabah di Dewan Rakyat hari ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN