PETALING JAYA: Kerajaan mahu setiap kelulusan pembangunan baharu mesti berpaksikan nilai kemanusiaan, sama ada projek berasaskan bandar pintar, kecanggihan teknologi dan kecerdasan buatan (AI). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bandar pintar bukan sahaja sekadar binaan megah atau sistem canggih semata-mata. Sebaliknya, katanya, ia perlu menjadi cerminan bagaimana kemajuan dapat mengangkat kesejahteraan hidup rakyat. “Justeru, masalah asas rakyat seperti lif usang di perumahan awam, gerai yang uzur dan kemudahan…