Kebakaran belukar 6 ekar di Salak Tinggi, bomba masih giat padam api

Kebakaran belukar 6 ekar di Salak Tinggi, bomba masih giat padam api

ANGGOTA bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berusaha memadamkan api.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Lima jam berlalu, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masih giat memadam kebakaran belukar seluas enam ekar di Salak Tinggi, di sini.

Difahamkan, kebakaran belukar itu mula dikesan kira-kira pukul 4.32 petang tadi membabitkan kawasan seluas 1.2 ekar.

Bagaimanapun, setakat pukul 9.30 malam tadi, api telah merebak ke kawasan seluas enam ekar.

Ketua Zon 5 KLIA, Mohamad Issmanto Md. Pono ketika dihubungi berkata, kebakaran itu dikesan berlaku kira-kira 700 meter daripada taman perumahan terdekat.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kira-kira 4.46 petang, didapati kawasan belukar seluas 1.2 ekar telah terbakar sebelum ia merebak ke kawasan seluas enam ekar.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA bersama tujuh anggota telah dikerah ke lokasi selain dibantu lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil,” katanya.

Katanya, keadaan kebakaran masih terkawal namun operasi pemadaman berdepan kesukaran berikutan tiada akses laluan masuk bagi jentera bomba ke kawasan berkenaan.

Mohamad Issmanto berkata, faktor angin yang agak kuat turut menyukarkan usaha memadamkan api sepenuhnya dan tumpuan diberikan agar tidak merebak dan memasuki kawasan taman perumahan berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN