MELAKA: Rangka kapal kayu berusia antara 800 hingga 900 tahun yang struktur dan saiznya hampir menyamai kapal legenda Mendam Berahi ditemukan di tapak ekskavasi di Pulau Melaka di sini. Penemuan itu menjadi detik bersejarah buat dunia arkeologi apabila ia disahkan sebagai antara penemuan kapal tertua di negara ini dan dipercayai milik Kesultanan Melayu Melaka. Tapak ekskavasi berkeluasan 12 kali 12 meter itu kini memasuki fasa ketiga kerja-kerja penyelamatan dijalankan Jabatan…

 
								 
											









