SEPANG: Salah sebuah kapal delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Kapal Grande Blu telah dipintas oleh rejim zionis di perairan antarabangsa pada pukul 12.58 pagi waktu Gaza.
Kapal ini membawa seramai dua orang delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza.
Perkembangan ini disahkan melalui Pusat Kawalan Sumud Nusantara (NSCC) pada pagi ini. – UTUSAN