LIPIS: “Kalau kahwin biasa mungkin habis ribuan ringgit tetapi dengan Anggun Suri, semuanya ditanggung.” Itu antara luahan gembira pasangan pengantin muda yang diraikan menerusi Program Anggun Suri (Kahwin Beramai-ramai) 2025, apabila impian mendirikan rumah tangga tercapai tanpa kos tinggi. Bagi Siti Noratikah Muhammad Abu Bakar, 27, dan pasangannya Muhammad Shahrul Borhan, 30, inisiatif kerajaan negeri itu bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah memberi ruang untuk mereka memulakan kehidupan berumah tangga…










