Kalau dia okey, mesti dia live - Nadzmi Adhwa kirim telefon untuk Ardell - Utusan Malaysia

Kalau dia okey, mesti dia live – Nadzmi Adhwa kirim telefon untuk Ardell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nadzmi Adhwa, 32, memaklumkan telah mengirim telefon bimbit untuk isterinya yang juga salah seorang aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), Ardell Aryana di Turki.

Kata Nadzmi, telefon berkenaan telah diserahkan kepada salah seorang anggota pasukan Malaysia yang ketika ini dalam perjalanan ke Turki.

“Telefon bimbit sudah dalam perjalanan kepada Ardell. Saya sudah hantar melalui pasukan kita yang ke sana.

“Kita tunggu Ardell buka telefon. Telefon hari itu sudah dibuang. 

“Kalau dia okey, mesti dia live,” tulisnya di Threads.

Ardell antara 23 aktivis GSF dari Malaysia yang kini berada di Istandbul selepas dibebaskan rejim zionis semalam. Kesemua mereka dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN