JUMLAH dagangan Malaysia dengan China meningkat 6.3 peratus kepada RM248.8 bilion, manakala dengan Amerika Syarikat (AS) melonjak sebanyak 32.6 peratus kepada RM186.6 bilion pada separuh pertama 2025 berbanding tempoh sama pada 2024. Menurut Tinjauan Ekonomi 2026, bagaimanapun, eksport ke China menyusut sebanyak 4.3 peratus antaranya disebabkan oleh pengurangan permintaan terhadap barangan perlombongan. “Eksport ke AS pula meningkat sebanyak 28 peratus berikutan peningkatan permintaan untuk barangan pembuatan dan pertanian. “Sementara itu,…