Jemaah Menteri zahirkan penghargaan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Jemaah Menteri zahirkan penghargaan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kejayaan penganjuran itu adalah kejayaan rakyat Malaysia keseluruhannya.

“Kerajaan amat menghargai komitmen padu ditunjukkan oleh seluruh pasukan pelaksana termasuk wartawan, pasukan teknikal, petugas pentas, anggota keselamatan, kakitangan hospitaliti, serta penyedia makanan dan minuman yang telah memastikan penganjuran sidang kemuncak berprestij itu berjalan dengan jayanya.

“Ini semua adalah pasukan yang telah bersama-sama menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, dan Jemaah Menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, delegasi Timor Leste turut memuji tahap kecekapan serta profesionalisme pegawai Malaysia yang bertugas sebagai pegawai pengiring atau liaison officer sepanjang persidangan.

“Delegasi Timor Leste menyatakan mereka sangat terkesan dengan keseluruhan pengalaman di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, termasuk layanan, penyelarasan dan bantuan yang diberikan pegawai Malaysia yang dianggap cukup tinggi tahap profesionalismenya. Ia satu pencapaian yang amat membanggakan,” katanya.

Jelasnya lagi, pengiktirafan itu mencerminkan keupayaan Malaysia sebagai tuan rumah yang berdaya saing dan disegani di peringkat serantau, serta membuktikan semangat kerja berpasukan yang menjadi tunjang kejayaan negara.

Malaysia adalah tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 hingga 28 Oktober 2025 lalu.

Sidang ini menyaksikan satu detik bersejarah dimana pengiktirafan rasmi Timor‑Leste sebagai negara ke-11 anggota ASEAN ki pertama blok ini berkembang sejak 1990-an.

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN