PETALING JAYA: Syarat baharu kesihatan musim Haji 1447H/2026M perlu ditimbang semula agar ia tidak terlalu ketat dalam menilai tahap kesihatan bakal jemaah bagi memastikan lebih ramai umat Islam di negara ini berpeluang menunaikan rukun Islam kelima tanpa sekatan. Presiden Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFFTA), Dr. Fathir Badri Alhadad berkata, penilaian kesihatan perlu dibuat dengan pertimbangan yang seimbang supaya tidak menafikan peluang umat Islam menunaikan haji. “Kita berharap pihak…