‘Jangan sentuh soal anak, dia tiada kena mengena’

‘Jangan sentuh soal anak, dia tiada kena mengena’

UQASHA SENROSE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Uqasha Senrose, enggan isu anak dibangkitkan dalam kes prosi­ding perceraiannya membabitkan rumah tangga bersama selebriti, Kamal Adli.

Bagi Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, kes yang berjalan biarlah hanya melibatkan dia dan Kamal tanpa mengheret kebajikan anaknya, Hawra Uqaira.

“Jangan sentuh anak saya. Tak ada kena mengena dengan anak.

“Saya jaga dia daripada kecil,” katanya melenting ketika ditanya bila kali terakhir Kamal Adli bertanya kebajikan anak.

Dalam pada itu, Uqasha yang banyak menggeleng kepala juga tidak dapat memastikan anak­nya yang masih kecil merasai ketiadaan Kamal atau tidak.

“Dia umur setahun nak ta­nya apa (tentang ayah),” kata­nya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Per­sekutuan, semalam.

Dalam pada itu, peguam mewakili Uqasha Senrose, Nurfarhana Abd Ma­nap mengesahkan anak guamnya su­dah mem­failkan per­ce­raian pada 1 Oktober lalu kera­na tia­da persefahaman.

Jelas Nurfar­ha­na, suami kepada Uqasha, Kamal Adli juga tidak melakukan sebarang usaha memujuk demi menyelamatkan rumah tangga.

“Apa yang dimaklumkan oleh Uqasha, tiada sesi pujukan oleh Kamal. Saya tak pasti kalau sebaliknya.

“Apa yang boleh kami katakan, Uqasha sudah tidak boleh bersabar dan tiada persefahaman. Itu sahaja.

“Tapi kalau kata selepas ni ada jodoh, Alhamdulillah. Ini sahaja jawapan Uqasha,” kata­nya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram, pelakon Jika Cinta Itu Buta tersebut turut mendakwa berlaku kesilapan pada sijil nikah sekali gus semakin menyukarkan proses perceraian.

“Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 pada pukul 9 pagi.

“Tapi dalam sijil nikah, aku dinikahkan 4/11/2021 pada pu­kul 9:30 malam.

“Allahuakbar, adakah sah perkahwinan ini?

“Cukupkah syarat sah per­kahwinan?,” tulisnya.

Malah, Uqasha turut mendakwa dirinya diperbodohkan dan dimanipulasi pihak Kamal Adli dan keluarganya.

“Selama ini aku diperbodohkan oleh seluruh keluarganya.

“Bapa aku juga dimanipulasi oleh si dia dan keluarga (Kamal) untuk kata sah sebab sudah ada wali?,” tulisnya lagi.

Terdahulu, mahkamah memutuskan prosiding sebutan perceraian pasangan selebriti itu ditangguhkan pada 28 Oktober susulan Kamal Adli gagal menghadirkan diri semalam.

Menurut Nurfahana, defen­dan maklum mengenai prosi­ding semalam tetapi tidak hadir disebabkan sibuk dengan penggambaran.

Sementara itu, Nurfarhana berkata, prosiding pada minggu depan bertujuan mengesahkan sama ada pihak defen­dan bersetuju atau tidak dengan tuntutan anak guamnya.

Difahamkan, Uqasha kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal dan menetap di rumah ibunya.

Uqasha Senrose dan Kamal Adli disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN