Jalan, jambatan baharu Jerantut-Lipis selamat, jarak lebih dekat

Jalan, jambatan baharu Jerantut-Lipis selamat, jarak lebih dekat

JALAN dan jambatan baharu Jerantut-Lipis selamat, jarak lebih dekat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembinaan jalan dan jambatan baharu yang menghubungkan daerah Jerantut dan Lipis memberi sinar baharu kepada penduduk selepas sekian lama terpaksa berhadapan laluan sedia ada yang rosak.

Menang Idaman Sdn Bhd (MISB), selaku kontraktor lantikan projek itu dalam kenyataan memaklumkan, pembinaan jalan dan jambatan tersebut membawa pelbagai manfaat, termasuk memendekkan jarak perjalanan.

Katanya, sebelum ini jarak yang terpaksa dilalui penduduk adalah sepanjang 60 kilometer (km) yang memakan masa satu jam perjalanan, namun kini hanya mengambil jarak 17 km dengan masa perjalanan selama 15 minit.

“Selain itu ia turut mempertingkatkan aspek keselamatan penduduk yang menggunakan laluan tersebut.

“Ia ternyata memberi kelegaan kepada penduduk yang sekian lama terpaksa bergantung kepada laluan sedia ada yang kurang elok, jauh dan berisiko terutamanya ketika musim tengkujuh,” katanya.

Pembinaan jalan dan jambatan itu dapat menghubungkan empat kampung iaitu
Kampung Labu melalui Kampung Batu Balak, Jerantut ke Kampung Gemunchur dan Kampung Mela, Kuala Lipis.

Dalam pada itu, Pengarah MISB, Mohd. Tarmizi Mohd. Zuki berkata, pihaknya sebagai kontaktor lantikan projek itu menghadapi beberapa cabaran, termasuk jambatan sementara yang runtuh tiga kali akibat bencana alam.

Bagaimanapun, katanya, syarikat tetap komited meneruskan pembinaan dengan tekun serta mengambil langkah penambahbaikan bagi memastikan jambatan sebenar lebih kukuh, selamat dan bermanfaat kepada orang ramai.

Pembinaan itu juga mewujudkan laluan strategik pelancongan yang menghubungkan Taman
Negara Kuala Tahan dengan Cameron Highlands melalui Kuala Lipis, sekali gus membuka peluang baharu bagi perancangan pembangunan wilayah pada masa akan datang.

Projek yang siap lebih awal daripada jadual asal pertengahan September dan telah dibuka kepada penduduk 31 Ogos lalu di bawah selian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Jabatan Kerja Raya sebagai agensi pelaksana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KKDW merasmikan projek itu di Jerantut, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN