Ibu Zayn Rayyan terus jalani hukuman di Penjara Kajang

Ibu Zayn Rayyan terus jalani hukuman di Penjara Kajang

ISMANIRA Abdul Manaf hadir ke Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya, Selangor hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Hukuman pemenjaraan itu akan dijalani Ismanira Abdul Manaf, 30, di Penjara Kajang selama tempoh lima tahun.

Selain itu, Mahkamah Sesyen di sini, hari ini juga mengeluarkan perintah dua tahun bon berkelakuan baik dengan cagaran RM3,000 oleh penjamin warganegara Malaysia selain perintah khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas selesai tempoh pemenjaraan.

Keputusan itu dibuat Hakim Dr. Syahliza Warnoh selepas menolak permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman atas alasan tiada keadaan khas yang memerlukan perkara itu dibenarkan.

Ismanira memberikan alasan anak keduanya memerlukan perhatian kerana mempunyai autisme.

Ismanira didapati bersalah mengabaikan Zayn Rayyan oleh mahkamah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah diakhir kes pembelaannya.

Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan didakwa mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartmen Idaman antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN