Isha Norsham selamat bergelar isteri ahli politik - Utusan Malaysia

Isha Norsham selamat bergelar isteri ahli politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio, Isha Norsham selamat bergelar isteri kepada ahli politik, Azman Azeez pada Jumaat.

Isha atau Nurul Farisha Norsham, 29 dinikahkan sendiri oleh bapanya Norsham Aziz dalam sebuah majlis tertutup namun meriah di Hyatt place Bukit Jalil dengan sekali lafaz.

“Alhamdulillah, momen yang paling bahagia dalam hidup saya dan suami.

“Saya harap semua dapat mendoakan kebahagian kami dunia dan akhirat serta semuanya dipermudahkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bercerita lanjut pengenalannya dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Baling itu, dia tersentuh dengan niat Azman yang mahu menjadikannya isteri sejak di awal pertemuan.

“Kami kenal dalam tempoh yang sangat singkat. Lepas dua kali bertemu, dia terus tanya adakah saya serius nak melangkah ke fasa seterusnya.

“Jadi saya lihat dia benar-benar tahu apa yang dia mahukan, dan selepas beberapa kali pertemuan dia dah bawa saya jumpa keluarga.

“Ketika itu saya benar-benar dapat rasa kasih sayang itu,” tambahnya.

Terdahulu, Isha Norsham selamat mengikat tali pertunangan dengan  dalam satu majlis tertutup yang berlangsung pada 3 Mei 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN