Insiden pelajar ditikam: Sekolah tidak ditutup, PdP berjalan seperti biasa

Insiden pelajar ditikam: Sekolah tidak ditutup, PdP berjalan seperti biasa

MOHD AZAM AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sebuah sekolah menengah di Selangor berjalan seperti biasa meskipun berlaku insiden kematian seorang pelajar perempuan akibat ditikam.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, malah sekolah berkenaan tidak akan ditutup.

“Sekarang ini proses PdP atau sekolah itu akan berjalan seperti biasa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan sama ada sekolah berkenaan akan ditutup sementara bagi memberi ruang kepada siasatan pihak berkuasa.

Katanya, siasatan itu tak mengganggu pun proses pengajaran dan pembelajaran murid dan bagi membantu siasatan, pentadbir sekolah yang terlibat akan dipindahkan di Pejabat Pendidikan Daerah sehingga siasatan selesai dijalankan. 

“Selain itu, pasukan kaunselor dan guru bimbingan kaunseling telah digerakkan bagi melaksanakan program intervensi sokongan psikosocial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah yang terkesan,” katanya. 

Ditanya sama ada pihak sekolah akan menangguhkan sementara Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang sedang berjalan di sekolah itu, Mohd Azam berkata, ujian itu akan berjalan seperti biasa.

“Ujian itu adalah ujian school-based (ujian berasaskan sekolah). Jadi sebenarnya sekolah nanti dia bijak untuk menyusun atau menyesuaikan semula jadual ujian UASA itu dengan  situasi yang ada,” katanya.

Katanya, KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga murid yang meninggal dunia kerana ditikam di sebuah sekolah di Selangor pada hari ini.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN