Ini mungkin jadi momen terakhir tuan-tuan melihat kami - ZRA

Ini mungkin jadi momen terakhir tuan-tuan melihat kami – ZRA

ZRA menunjukkan arah bot yang telah mengepung kapal Fair Lady yang dinaikinya sebelum rakaman CCTV terputus hubungan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Bekas wartawan dan pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA mengesahkan kapal Fair Lady yang dinaiki mereka telah dikepung oleh tentera Zionis kira-kira pukul 9.15 pagi waktu tempatan.

Terdahulu, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipaparkan di Pusat Kawalan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) menunjukkan kapal yang membawa ZRA dan Ustaz Mad Kechik sedang mengalami masalah enjin, sebelum dikepung.

Menurut ZRA, kapal yang dinaiki olehnya telah dikepung oleh sebuah kapal dan tiga bot, seterusnya memaklumkan rakaman itu mungkin menjadi momen terakhir dirinya serta peserta lain boleh dilihat, selain perlu melemparkan telefon bimbit milik mereka.

Selepas memaklumkan perkara berkenaan, rakaman CCTV di atas kapal berkenaan kemudiannya telah terputus.

“Jadi kami dah dikepung oleh empat buah bot (iaitu) satu kapal dan tiga bot, ini mungkin menjadi momen terakhir tuan-tuan melihat kami. Dan saya jangka kapal yang ada itu dah dekat, kami dapat arahan daripada (kapten) untuk lemparkan telefon (bimbit).

“Di sebelah sana ada dua kapal dan didepan kami juga ada satu kapal (mengelilingi), biasanya ia akan menghasilkan ombak besar. Yang di sebelah sana itu bot, saya tak boleh tunjuk atau pusing, kami mungkin akan menerima penjejakan masuk daripada bot.

“Boleh lihat dalam kamera di sebelah sana ada kapal yang paling hampir,” katanya.

Pagi tadi, media melaporkan kapal Fair Lady dinaiki ZRA dan Ustaz Mad Kechik masih belum ditahan oleh tentera Israel.

Kapal itu dilapor bergerak pada kelajuan dua knot dan masih berada di zon merah tiga iaitu sekitar pukul 6.16 pagi waktu tempatan. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN