KANGAR: Industri teksi di Malaysia kini berada pada tahap membimbangkan apabila jumlah pemandu yang masih bertahan hanya sekitar 28,000 orang, berbanding lebih 120,000 pemandu sebelum kewujudan perkhidmatan e-hailing wujud kira-kira 10 tahun lalu. Presiden Gabungan Teksi Malaysia (GTSM), Kamarudin Mohd. Hussain berkata, pengurangan hampir 77 peratus itu mencerminkan persaingan tidak seimbang antara e-hailing dan teksi, dengan jumlah pemandu teksi dijangka terus menyusut kepada 20,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.…