Ibu mentua pemain bola sepak jual cap pasport palsu RM 500

Ibu mentua pemain bola sepak jual cap pasport palsu RM 500

Syabu dalam ekzos
SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR : Siasatan polis mendapati lima individu termasuk wanita yang juga ibu mentua pemain bola sepak tempatan yang terlibat dalam kegiatan pemalsuan cap disyaki berselindung di sebalik premis sah di Shah Alam sejak awal tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pelanggan sindiket terbabit terdiri daripada kalangan warga asing yang kebanyakan melakukan kesalahan tinggal lebih masa. 

Menurutnya, satu cap dipercayai dijual dengan harga RM500.

“Wanita terbabit merupakan isteri kepada salah seorang suspek warga asing. Dia membantu suaminya menjalankan aktiviti dengan menggunakan premis perniagaan sah di Shah Alam sebagai ‘cover up’.

“Kes masih dalam siasatan dan kesemua tangkapan masih dalam reman polis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, dipercayai pelanggan sindiket terbabit dicari melalui kenalan.

Jelasnya, pihak polis juga telah menghantar dokumen barang kes kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mendapatkan pengesahan lanjut.

Semalam, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasit mengesahkan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Gombak telah menahan seorang lelaki Pakistan berusia 27 tahun di sebuah apartment di Gombak pada 1 Oktober.

Susulan tangkapan itu, tiga lelaki warga Pakistan berusia antara 39 hingga 47 tahun serta seorang wanita tempatan berumur 47 tahun ditahan di sekitar Shah Alam. 

Operasi terbabit telah berjaya merampas barang-barang yang disyaki digunakan untuk memalsukan cap imigresen.

Kesemua tangkapan telah direman tujuh hari sehingga 8 Oktober untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN