8 sukarelawan Malaysia dipercayai ditahan Israel

Lapan sukarelawan Malaysia dipercayai ditahan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kapal Global Sumud Flotilla (GSF), Huga membawa seorang rakyat Malaysia dilaporkan dipintas dan dinaiki tentera Israel di perairan antarabangsa.

Pelakon Zizi Kirana difahamkan menaiki kapal tersebut.

Setakat ini, sekurang-kurangnya enam kapal telah diceroboh Israel, manakala lapan rakyat Malaysia dipercayai ditahan tentera negara itu.

Terdahulu, GSF berkata, tiga kapal dikenali sebagai Alma, Surius dan Adara menjadi sasaran pemintasan dalam kejadian sekitar pukul 8.30 malam waktu Gaza.

Sumud Nusantara berkata, kapal Sirius telah membawa seramai empat orang delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Empat individu tersebut ialah Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.

Kapal Alma pula membawa tiga rakyat negara ini iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil.

Semalam, GSF telah memasuki zon merah yang merupakan laluan ke Gaza.

Perkara itu dimaklumkan oleh peserta GSF, Rahmah Ikhsan yang merupakan antara rakyat Malaysia menyertai misi tersebut.

Beliau kemudian mengajak semua rakyat Malaysia untuk memanjatkan doa agar perjalanan mereka ke bumi Gaza berjalan lancar.

Terdahulu, sebanyak 10 buah dron dianggarkan berlegar dalam formasi mencurigakan mengelilingi ruang udara konvoi GSF yang sedang belayar menuju ke Gaza. 

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya mengesahkan terdapat cubaan intimidasi dari kapal tentera yang diyakini milik pihak Zionis Israel terhadap dua kapal flotilla, Sirius dan Alma.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN