Hos buat laporan polis palsu dakwa disamun

Pengacara media sosial buat laporan polis palsu dakwa disamun

ehati
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tindakan seorang hos media sosial yang membuat laporan polis palsu disamun bagi mengelak didenda atas kehilangan kad pengenalan memakan diri apabila dihidu polis di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada lelaki berusia 23 tahun itu, kira-kira pukul 5.03 petang.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai pengacara siaran langsung dengan menjual pakaian dan tudung di sebuah aplikasi media sosial itu mendakwa disamun dua lelaki bermotosikal di Jalan Pantai Remis, Jeram, di sini.

“Antara barangan yang dilaporkan hilang adalah wang tunai, kad pengenalan, kad bank dan telefon bimbit jenama iPhone 13. Hasil siasatan bagaimanapun mendapati kejadian samun yang dinyatakan dalam laporan itu sebenarnya tidak berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Azaharudin, laporan polis itu dibuat suspek bagi mendapatkan kad pengenalan baharu tanpa perlu membayar denda kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan siasatan turut mendapati barangan lain seperti kad bank, lesen memandu dan telefon bimbit masih berada dalam simpanan lelaki berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN