Hidang arak: Jangan besarkan isu, boleh jejaskan TMM 2026

Hidang arak: Kor Ming anggap isu kecil

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyeru semua pihak agar tidak membesar-besarkan isu hidangan arak pada Global Travel Meet 2025 baru-baru ini.

Menurutnya, isu itu tidak harus diperbesarkan apatah lagi mencari kesalahan yang boleh menimbulkan polemik kerana boleh  menjejaskan imej negara, terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

“Kita perlu menonjolkan imej Malaysia sebagai destinasi yang mesra dan terbuka kepada pelancong dari seluruh dunia. Jika kita terus mencipta isu-isu sebegini, sukar untuk kita bekerjasama dan mencapai matlamat bersama,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Hari Habitat Sedunia peringkat Malaysia 2025 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kontroversial membabitkan acara hidangan arak pada majlis Global Travel Meet 2025, baru-baru ini.

Kataya, selepas melihat potensi besar program tersebut dalam menarik peluang perniagaan, pihak industri swasta tampil secara sukarela untuk mengambil alih penganjuran acara makan malam berkenaan.

“Majlis ini diadakan khusus untuk tetamu luar negara dan dihadiri oleh pelbagai sektor, termasuk tetamu beragama Islam dan bukan Islam.

“Dalam acara komersial, penyediaan minuman beralkohol adalah perkara biasa. Namun begitu, sudah tentu kita tidak akan memaksa rakan Muslim untuk meminumnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN