HasbunAllah Wanikmal Wakil - Ardell Aryana - Utusan Malaysia

HasbunAllah Wanikmal Wakil – Ardell Aryana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tolong kami, live S.O.S.”

Demikian antara ayat-ayat akhir yang dilafazkan penyanyi dan peserta misi kemanusiaan ke Gaza, Global Sumud Flotilla, Ardell Aryana sebelum siaran langsung terakhirnya berakhir pagi tadi.

Ardell menerusi video live tersebut sempat berkongsi situasi cemas apabila bot dinaikinya dihampiri tentera Israel.

“Kami baru sahaja diserang tentera Israel, mereka guna kapal besar, tembak kami dengan pancutan air yang seakan-akan air bomba.

“Mereka serang kapal kami yang kecil. Ini saat-saat akhir saya pegang telefon. Tolong sebarkan live S.O.S.

“Saya buat live sebab kawan-kawan lain sudah ditahan. Zizi Kirana, PU Rahmat, Ilya, Muaz, Haikal, Usul dan ramai lagi.

“Kapal-kapal lain pun sudah ditahan. HasbunAllah Wanikmal Wakil,” ujarnya.

Bot Mikeno dinaiki Ardell antara beberapa buah bot yang awal pagi tadi (waktu tempatan) hanya berbaki beberapa kilometer untuk menghampiri pesisir pantai Gaza, dikepung tentera maritim Israel.

Menurut Ardell lagi, tentera Israel melancarkan tembakan meriam air untuk menghalang pergerakan bot mereka daripada menghampiri Gaza.

“Saya tak sempat rakam apa yang mereka (tentera Israel) buat pada kami. Saya tak tahu apa permainan mereka.

“Ya Allah, mereka cuba seksa kami lagi! HasbunAllah Wanikmal Wakil. La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin. Ya Allah panaskanlah tubuh kami,” katanya.

Setakat ini seramai 17 rakyat Malaysia disahkan ditahan tentera Israel antaranya Zizi Kirana, pasangan adik beradik Heliza dan Hazwani Helmi, Haikal Abdullah, Farah Lee, Danish Nazram dan ramai lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN