Hari lahir Fatima tetap meriah, Fazura pilih tangguh kongsi demi misi Global Sumud Flotilla

Hari lahir Fatima tetap meriah, Fazura pilih tangguh kongsi demi misi Global Sumud Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Rasanya tidak manis untuk saya muat naik sekarang, lebih-lebih lagi ketika dunia sedang menumpukan perhatian pada misi Global Sumud Flotilla dan saudara kita di Gaza.”

Demikian titipan penghargaan tulus menerusi hantaran di Threads pelakon, Nur Fazura,42, buat peminat yang tidak putus-putus menitipkan ucapan, doa serta mengirim hadiah buat Fatima.

Hari lahir puteri kesayangan Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini tetap menjadi momen istimewa meskipun disambut dalam suasana dunia yang penuh ujian.

“Wahai kesayangan, saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan, doa dan hadiah yang indah untuk hari lahir Fatima. Saya amat menghargai setiap satu daripada kalian, kakak dan abang semua yang sangat pemurah dan berhati mulia,” tulisnya.

Namun, pelakon itu mengakui memilih untuk tidak berkongsi di laman sosial hadiah yang diterima kerana merasakan kurang sesuai pada ketika ini.

“Saya sudah mengambil gambar setiap hadiah itu, tetapi izinkan saya kongsikan sedikit lewat. Rasanya tidak manis untuk saya muat naik sekarang, lebih-lebih lagi ketika dunia sedang menumpukan perhatian pada misi Global Sumud Flotilla dan saudara kita di Gaza. Lots of love, all eyes on Gaza,” ujarnya menerusi hantaran.

Sikap prihatin Fazura menyentuh hati ramai, malah warganet memuji kematangannya yang sentiasa peka dengan isu semasa walaupun sedang meraikan kebahagiaan peribadi.

Dalam pada masa yang sama, Fattah Amin juga turut menitipkan ucapan penuh kasih sayang buat puteri sulungnya.

“Selamat hari lahir anak Daddy, Nur Fatima Aisya Abdul Fattah. Kasih sayang Daddy untuk Fatima tidak pernah berkurang walau sesaat. Daddy sentiasa mendoakan Fatima membesar menjadi anak solehah, kebanggaan Daddy. Saya sayang awak dan jumpa nanti,” katanya menerusi Threads.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN