MARANG: Meskipun usaha mitigasi banjir seperti kerja-kerja mengorek dan mendalamkan parit serta tali air sudah dilakukan, penduduk di sekitar Kampung Alor Limbat di sini, tetap khuatir rumah mereka dinaiki air semasa musim tengkujuh yang dijangka melanda awal bulan depan. Bagi mereka, langkah-langkah persiapan berdepan Monsun Timur Laut (MTL) dibuat setiap tahun namun kesan kedatangan musim tengkujuh menyaksikan ramai penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Seorang penduduk, Abdullah Mamat,…