Guru tidak minat jawatan pengetua, guru besar kerana elaun tidak setimpal

Guru tidak minat jawatan pengetua, guru besar kerana elaun tidak setimpal

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kadar elaun rendah yang diberikan kepada guru untuk mengikuti Program Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Pemimpin Pendidikan (NPQEL) sebelum dilantik sebagai pengetua atau guru besar (PGB) menjadi antara punca kurangnya sambutan terhadap program berkenaan dalam kalangan warga pendidik.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kadar elaun program itu ditetapkan berdasarkan penggredan dan penskiman semasa yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Guru yang mengikuti NPQEL menerima elaun sebanyak RM300 bagi calon pengetua dan RM200 bagi calon guru besar.

“Saya sering menasihati calon pemimpin sekolah agar melihat bidang pendidikan sebagai satu tanggungjawab besar untuk mendidik anak bangsa, bukan semata-mata mengejar jawatan.

“Yang paling utama ialah menanam semangat tanggungjawab bagi memastikan kelangsungan ekosistem pendidikan berjalan dengan baik dan kepimpinan sekolah kekal mantap,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) mengenai kesediaan KPM meneliti semula kadar elaun diberikan kepada guru yang menyertai NPQEL sebagai motivasi merancakkan penyertaan.

Program NPQEL yang dikendalikan Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan kursus pembangunan kepimpinan pendidikan selama setahun yang bertujuan melatih serta menyediakan pemimpin sekolah berpotensi bagi mengisi jawatan pengetua dan guru besar di seluruh negara.

Kah Woh berkata, kekurangan calon pelapis yang layak dan bersedia untuk dilantik sebagai pengetua dan guru besar turut menjadi antara faktor yang menyumbang kepada isu kekosongan pengetua dan guru besar di sekolah-sekolah seluruh negara.

Beliau turut mengakui faktor ketersediaan calon pelapis bagi dilantik PGB turut menyumbang kepada isu kekurangan pengetua dan guru besar di sekolah seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN