Guru terbeban sebagai warden faktor MRSM lantik bekas tentera, polis

Guru terbeban sebagai warden faktor MRSM lantik bekas tentera, polis

MRSM
ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Faktor guru mengadu terbeban sebagai warden antara faktor Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) melakukan lantikan tugas itu dalam kalangan bekas anggota tentera atau polis secara sepenuh masa.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gejala buli yang sering berlaku selepas tengah malam di MRSM turut mendorong keperluan lantikan.

Katanya, berdasarkan maklum balas diterima, ramai guru mengadu terbeban untuk berjaga selepas pukul 12 tengah malam bagi membuat rondaan kerana perlu hadir ke kelas seawal pukul 6.30 pagi keesokan hari.

“Aktiviti tidak bermoral seperti buli lazimnya tidak berlaku sebelum jam 12 tengah malam atau waktu akademik dan sebab itu ketiadaan warden yang memantau secara berterusan pada waktu berisiko seperti ini membuka ruang untuk buli berlaku.

“Selain itu, elaun yang kecil, sekadar RM300 tambahan sebagai warden tidak berbaloi dengan tanggungjawab tambahan yang terpaksa digalas oleh guru.

“Pada masa sama, adalah lebih berkesan jika warden yang bertugas sepenuh masa di asrama dilantik untuk memfokuskan pembangunan disiplin dan sahsiah pelajar di luar waktu akademik bermula jam 6 petang atau 7 malam,” katanya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Bagaimanapun Asyraf berkata, beliau tidak pernah menyatakan pendekatan itu adalah yang terbaik namun keberkesanannya perlu dilihat terutama ketika guru MRSM berdepan kekangan melaksanakan tugas berkenaan.

Pada Ogos lalu, Mara melantik pesara polis dan tentera sebagai warden di MRSM bagi membendung gejala buli serta menangani kes-kes disiplin dengan lebih berkesan.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, adalah terlalu pramatang untuk beliau mengulas keberkesanan perlantikan warden dalam kalangan bekas tentera atau pasukan beruniform lain.

“Biarlah program rintis yang sedang berjalan dan masuk bulan ketiga di beberapa MRSM ini selesai dalam tempoh enam bulan tempoh penilaian dan selepas itu, pasukan penyelidik yang menjadi pihak ketiga serta bebas dari Universiti Putra Malaysia (UPM) akan membuat penilaian dan penyelidikan mengenai inisiatif MARA ini.

“Insya-Allah, saya pasti akan kongsikan dapatan kajian, sama ada positif mahu pun negatif untuk diangkat kepada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) merangkap menteri yang bertanggungjawab ke atas MARA untuk membuat keputusan, sekali gus berkongsi dapatan ini dengan Jemaah Menteri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN