PETALING JAYA: Malaysia digesa mengunakan segala saluran diplomatik termasuk peranan Pengerusi ASEAN bagi mendesak rejim Israel membebaskan semua aktivis dan sukarelawan yang ditahan secara haram dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, saluran itu termasuk Malaysia sebagai ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta menerima kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 nanti. “Daripada kita saling menyerang, lebih…