LOS ANGELES: Gitaris yang juga pengasas kumpulan KISS, Ace Frehley meninggal dunia pada usia 74 tahun.
Mendiang pergi dalam tenang di kediamannya dekat Morristown, New Jersey.
Berita mengejutkan itu dikongsi keluarganya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
“Kami bertuah kerana bersama mendiang pada waktu-waktu terakhirnya, menjaganya dengan penuh kasih sayang dan perhatian sebelum beliau pergi,” petik kenyataan itu.
Punca kematian legenda Rock itu belum dikenal pasti. Namun, mendiang beberapa minggu lepas dilaporkan mengalami pendarahan otak selepas terjatuh dalam studio rakaman di rumahnya.
Frehley, bersama vokalis, Gene Simmons, gitaris, Paul Stanley dan pemain dram, Peter Criss menubuhkan KISS pada 1973.
Mendiang meninggalkan kumpulan tersebut pada 1982 akibat salah guna dadah dan tiada kesefahaman dengan ahli lain.
Frehley bagaimanapun kembali menganggotai KISS pada pertengahan 1990.
Beliau meninggalkan balu, Jeanette dan seorang anak perempuan, Monique.