PETALING JAYA: Malaysia akan melakukan apa yang termampu untuk menyokong usaha bantuan dan pemulihan semula Filipina susulan gempa bumi berukuran 6.9 pada skala rictcher yang melanda di Cebu, semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat sedih dengan bencana gempa bumi yang melanda Cebu dan kawasan sekitarnya di Filipina. Katanya, kehilangan dan penderitaan yang dialami oleh begitu banyak keluarga amat dirasai dan Malaysia turut berkabung bersama rakyat Filipina…