PETALING JAYA: Sebahagian besar pemandangan di Gaza kini bertukar rupa apabila diibaratkan seperti padang pasir selepas musnah akibat kekejaman rejim Zionis Israel sejak 7 Oktober 2023. Antara kawasan yang kini rata akibat kemusnahan dilakukan rejim negara haram itu adalah lokasi perumahan, bangunan perniagaan dan tapak pertanian. Lepasan Ijazah Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asmaa Hussein Eslayeh, 30, berkata, dia dan seluruh keluarganya kini terpaksa berlindung di kem pelarian sekitar…