Empat ADUN STAR sokong GRS dalam PRN Sabah

Empat ADUN STAR sokong GRS dalam PRN Sabah

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Ellron Alfred Angin, menyatakan sokongan terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Tiga lagi ADUN STAR yang mengikuti jejak Ellron ialah Datuk Abidin Madingkir (Paginatan), Datuk Annuar Ayub (Liawan) dan Datuk Flovia Ng (Tulid).

Ketua Penerangan STAR, Anuar Ghani, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu selepas keempat-empat wakil rakyat berkenaan dilihat hadir pada sidang akhbar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, petang tadi.

“Ya, mereka telah menyatakan sokongan terhadap GRS dan jelas dengan kehadiran mereka semasa sidang media pembubaran DUN oleh Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Anuar menjelaskan bahawa status keahlian mereka dalam STAR masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

“Mereka belum membuat keputusan sama ada keluar parti atau sekadar menyokong GRS dalam PRN kali ini. Jika mereka keluar pun, kemungkinan akan menyertai GRS atau PGRS.

“Namun, memandangkan pembubaran DUN telah dibuat, mereka terkecuali daripada undang-undang antilompat parti yang tidak lagi terpakai selepas pembubaran,” jelasnya.

Sementara itu, Hajiji dalam akhbar berkenaan turut mengesahkan bahawa Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah, bersama tiga ADUN STAR lain, kini berada dalam kem GRS untuk menghadapi PRN ke-17.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN