Eddie, Black tinggalkan Wings - Utusan Malaysia

Eddie, Black tinggalkan Wings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain dram, Black dan bassist, Eddie mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengunduran serta merta daripada kumpulan Wings.

Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan bersama yang dikongsi kepada media, semalam.

“Kami, Azmi bin Hashim atau dikenali juga sebagai ‘Black Wings’ dan Samsaidi bin Ulong Idris atau dikenali juga sebagai ‘Eddie Wings’, telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan Wings berkuatkuasa serta-merta pada Rabu bertarikh 8 Oktober 2025,” kata Eddie dan Black.

Black dan Eddie dalam kenyataan sama juga memaklumkan mereka tidak akan menyertai dua konsert kumpulan itu yang dijadualkan sekitar penghujung bulan ini.

“Dengan ini kami juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak akan terlibat dalam Konsert Wings 40 Tahun Celebration yang dijadualkan berlangsung pada 28 November 2025 di Kuala Lumpur dan 24 Disember 2025 di Singapura nanti,” ujar mereka.

Black, sekitar tahun 1990 pernah mengundurkan diri sebagai ahli Wings namun kembali menyertai kumpulan itu lima tahun kemudian.

Eddie pula kekal bersama Wings sejak tahun 1985 sehinggalah mengumumkan pengundurannya, semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN