Dendam lama, lelaki parah ditetak dengan parang 

Dendam lama, lelaki parah ditetak dengan parang 

SUSPEK diiringi anggota polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majestrit Pasir Puteh, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Akibat dendam lama, seorang lelaki parah ditetak dengan parang oleh bapa saudara angkatnya di Kampung Kulim, di sini, petang semalam. 

Kejadian pukul 6.30 petang itu menyebabkan mangsa berusia 44 tahun cedera parah di bahagian lengan hingga bahu kanan dan sebahagian badan selepas  ditetak dengan senjata tajam oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati,  semasa kejadian suspek berusia 55 tahun  masuk ke dalam rumah dan menetak mangsa beberapa kali. 

“Siasatan yang dijalankan mendapati punca kejadian akibat perselisihan faham yang sudah lama berlaku.

“Suspek adalah adik-beradik angkat ibu kepada mangsa. Sebelum itu, polis menerima laporan berhubung kejadian menerusi panggilan kecemasan 999 daripada orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zaizul memberitahu, mangsa yang cedera parah di bawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut. 

Katanya, suspek kemudian melarikan diri dan ditahan selepas itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata,” ujarnya.

Suspek kemudian direman selama seminggu bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majestrit Mohamad Aiman Azahan di Mahkamah Majistret, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN