KUALA LUMPUR: Deklarasi Kuala Lumpur bagi Keselamatan dan Kemakmuran antara inisiatif baharu dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 hari ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia turut membabitkan kenyataan bersama pelaksanaan Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) di bawah Pelan Strategik APSC 2045. “Dokumen-dokumen ini menjadi bukti komitmen bersama kita terhadap ASEAN yang aman, stabil dan berpandangan jauh ke hadapan. “Ini menunjukkan bahawa ADMM bukan sekadar forum…

 
								 
											









