DBKL tubuh pasukan pantau pelaksanaan projek Belanjawan 2026 - Utusan Malaysia

DBKL tubuh pasukan pantau pelaksanaan projek Belanjawan 2026

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menubuhkan Pasukan Pelaksanaan dan Pemantauan Projek (PPPP-DBKL) bagi memastikan setiap inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 dapat dilaksanakan dengan cekap, telus dan menepati jadual.

DBKL dalam kenyataannya memaklumkan, pasukan itu berperanan menyelaras projek di bawah peruntukan Belanjawan Madani, memantau kemajuan fizikal dan kewangan projek serta melaporkan prestasi pelaksanaan kepada Jabatan Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan.

“DBKL menyambut baik pembentangan Belanjawan Madani 2026 oleh Perdana Menteri yang memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam memastikan pembangunan bandar raya Kuala Lumpur terus mampan, sejahtera dan inklusif.

“Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, beberapa inisiatif utama telah diumumkan, antaranya RM500 juta untuk menambah baik kemudahan penjaja dan perumahan rakyat, pemuliharaan sungai bagi mengurangkan risiko banjir serta pembangunan semula Kompleks Renang Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut DBKL, pihaknya komited untuk memastikan setiap peruntukan yang diterima dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan warga kota dan kemakmuran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Usaha itu seiring dengan matlamat menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya sejahtera dan lestari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN