PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung penahanan 14 pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) kerana terlibat sindiket counter setting dijangka selesai dalam tempoh tiga minggu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan menyerahkan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Menurutnya, sehingga kini seramai 15 pegawai AKPS sudah dipanggil memberi keterangan, dengan 14 daripadanya dijangka berdepan pertuduhan di mahkamah. “Pada Isnin…