KUALA LUMPUR: ASEAN berharap China terus berdiri bersama rantau Asia Tenggara dalam mengekalkan keamanan serantau. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kemakmuran dan keselamatan tidak dapat dipisahkan dan kedua-duanya saling bergantung antara satu sama lain. “Dengan keamanan serantau, datanglah kemakmuran bersama. Dan dengan kemakmuran bersama, terjalin rasa hormat, kepercayaan dan hubungan berpanjangan yang memungkinkan keamanan berkekalan. “Oleh itu, ASEAN amat menghargai sokongan berterusan China dalam memastikan rantau kita…

 
								 
											









