KUALA LUMPUR: Cherry Malaysia melancarkan dua model terbaharu kenderaan hibrid plug-in elektrik (PHEV), iaitu TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV, sekali gus memperkukuh barisan kenderaan tenaga baharu (NEV) syarikat itu di pasaran Malaysia. Model TIGGO 7 PHEV ditawarkan pada harga bermula RM129,000, manakala TIGGO 8 PHEV pula bermula dari RM159,800. Kedua-dua model berkenaan dibangunkan berasaskan platform teknologi Chery Super Hybrid yang canggih, menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha…