Bukan ‘percubaan’ berhijab, perjuangan aktivis GSF sentuh hati Elly Mazlein - Utusan Malaysia

Bukan ‘percubaan’ berhijab, perjuangan aktivis GSF sentuh hati Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengacara dan penyanyi, Elly Mazlein, mengakui tersentuh dengan semangat juang aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) sehingga memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

Menurut Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, perjuangan murni itu membuka ruang keinsafan dalam diri sehingga mendorongnya untuk tampil dengan imej berhijab.

“Dalam berhijab, tiada istilah cuba, cuma apa yang boleh saya cakap, saya mahukan yang terbaik untuk diri saya.

“Sudah semestinya kita pun harap orang ramai berikan doa yang baik-baik,” katanya ketika ditemui di sidang media pentas akhir Kilauan Emas 2025, di sini, pada Ahad.

Malah, Elly yang mesra disapa Kak Lina gembira apabila perubahan itu turut disokong suami, Mohamad Azlan Che Nuh.

“Sudah tentu suami seronok, dia cium dahi saya dan sangat bahagia. Terima kasih sayang,” katanya.

Mengulas mengenai perjuangan aktivis GSF yang kini berada dalam misi kemanusiaan, Elly menyifatkan pengorbanan mereka sebagai satu bentuk jihad luar biasa, yang sewajarnya menjadi contoh kepada rakyat Malaysia.

“Kadang-kadang jihad seseorang membuatkan kita rasa insaf. Hebat rakan bersama GSF, perjuangan mereka harus menjadi ikutan untuk kita semua.

“Terima kasih rakyat Malaysia, satu dunia bersama mereka dan harap kita semua sama-sama kuat dan sabar menanti kepulangan mereka selamat sampai ke tanah air. Terima kasih aktivis atas keberanian anda,” katanya.

Terdahulu, Elly Mazlein mencuri tumpuan apabila tampil dengan penampilan terbaru mengenakan hijab semasa mengacarakan konsert akhir Kilaun Emas 2025 pada Ahad. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN