KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) hanya akan meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi boleh menang pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah hujung bulan depan. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun UMNO dan BN Sabah ada kuasa autonomi dalam menentukan calon serta kerusi yang akan ditandingi, tetapi keputusan akhir tetap akan mengambil kira faktor boleh menang. “Kita harus mengakui hakikat bahawa kita hendaklah…